Monday, September 1, 2008

Salam
Ramadhan menjelma lagi.... gua rasa macam baru je gua nyambut Ramadhan ari tuh... huh cepat benar masa berlalu... dari setahun ke setahun... umur pun semakin meningkat.... mungkin sibuk ngan duniawi kut.. hmmmm.... anyway bulan² pose nih byk²kan lah buat amal... lipat gandakan kebaikan supaya pahala berganda InsyaAllah............ orait bro² seme... tazkirah skit...hehehe

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
  1. · Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. ·Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  3. ·Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  4. ·Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  5. ·Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu : Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

No comments: