Friday, October 31, 2008

Birthday Hafiy Zharif Zharfan

26hb October 2008

huh genaplah umur Hafiy Zharif Zharfan ( HZZ ) setahun.... cepat nye masa berlalu
sambutan birthday HZZ tak lah semeriah budak² lain.... sekadar buat kat umah je....
beli kek sebijik... amik gambo gitu² je... pastuh pack coklat ngan air kotak bagi kat taska dia.
Yg nakal tuh si abang dia Haiqal Danish Aiman ( HDA ) muka cam tension je... mungkin dengki kut pasal beli kek utk adik dia je... takkan nak beli dua kek kut..hahaha sengkek ah gua gini....

Larangan Merokok!! warghhhh!!!

KUALA LUMPUR: Orang ramai termasuk warga kota masih tidak menyedari semua kaki lima kompleks membeli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa semalam.

Tinjauan Berita Harian mendapati, orang ramai khususnya perokok terkejut dengan penguatkuasaan larangan berkenaan, manakala yang lain menyatakan persetujuan dengan langkah kerajaan terbabit sebagai usaha mengekang tabiat buruk berkenaan.

- err mcmana nih.. aku perokok tegar..hahahaha

- nih ada yg setuju....

Pesara guru, Malik Ibrahim, 67, dari Johor Bahru, berkata langkah kerajaan mengenakan peraturan itu untuk membendung tabiat merokok di tempat awam harus dipuji bagi mengawal gejala tidak sihat berkenaan khususnya di kalangan golongan muda serta pelajar sekolah.

"Larangan merokok di kawasan kompleks membeli belah patut dipuji kerana ia bukan saja dapat mengekang budaya merokok di kalangan pelajar sekolah, malah ia turut dilihat sebagai usaha menuju ke arah negara bersih dan bebas penyakit," katanya yang juga seorang perokok.

Isterinya, Rosnah Sani, 64, berkata tindakan kerajaan tepat pada masanya memandangkan budaya merokok di tempat awam semakin berleluasa sedangkan ia tidak elok kerana boleh mempengaruhi muda mudi dan kanak-kanak.

- menteri laks....

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, semalam mengumumkan semua kaki lima kompleks membeli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa serta-merta.

Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

- ada yg tak setuju...

Pelajar, Mohd Eizzuddin Zamri, 18, berkata kerajaan sepatutnya memberi sedikit masa kepada perokok seperti dirinya untuk membiasakan diri dengan larangan baru itu selain menyediakan lebih banyak kawasan merokok di tempat awam.

Pengusaha kedai telefon bimbit, Yap Sing Hong, 31, berkata larangan yang dikenakan tidak wajar kerana merokok di luar kompleks beli belah tidak mempunyai kaitan dengan pendedahan bahaya kesihatan kepada orang ramai.

Pembantu kedai kasut, Juliana Dahlan, 21, berkata kerajaan harus memikirkan alternatif lain untuk menempatkan mereka yang merokok jika terus ingin melaksanakan arahan berkenaan.

"Sememangnya ini adalah tidak adil kepada perokok seperti kami kerana larangan yang dilakukan tidak patut dijalankan dan saya berpendapat ia patut dibiarkan seperti biasa," katanya.

camne nih... buat peraturan baru.. tapi....... arghh... merokok dalam tandas ah cenggini

Friday, October 17, 2008

lama gua tak update blog nih... nak wat camne keje je manjang... dari start malam raya sampai la ini hari keje tak abih²... dapat rehat pun sehari dua je.. tu pun sempat gua balik ktganu jumpa mak gua tu pun raya ke 11 waaaawaaa sedih woo tak sampai pun 2 jam je jumpe...... bapak gua tak jumpa pun mana dia gi entah... umah satu lagi kut... balik pun pasal memenuhi permintaan sahabat lama gua Tg Azrul ( zerul nyor ) yg dah hampir 10 tahun tak jumpa... majlis kawin dia daa...
member² lama yg karib marib ngan gua pun tak nyempat gaks gua jumpa tahun nih...ops silap... hehehe Yeop je yg gua jumpa tahun nih... dah membesar badan koye Yeop..hahaha...
InsyaAllah tawun lepan kalu umur gua panjang lu seme pun panjang kite jumpe yee...
ok nanti gua conteng lagi... adios..