Sunday, August 31, 2008

Ramadhan datang Lagi..


Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

dari shukur.com

Monday, August 18, 2008

mancing yg 'gelap'...

hmm semalam 17/08/2008 lagi skali gua mancing kat tebing tembah tu..
kali ni hampes... 3 ekor je naik.. hahahaha tu pun besar tiga jari je..
dapat je gua lepas balik dalam air tuh... kecik² lagi... nanti makbapak dia cari....
ni lah dugaan beginner cam gua nih... takpe² T_T
nanti gua akan cuba lagi... hahaha tak bosan mancing nih...




ni lah tempat mancing tuh.. best wooo tenang wa cakap lu...



Inilah dia Yan Bro.................




Ini laks gua tgh masyuuukk..... hehehe

Thursday, August 14, 2008

Andaiku tahu




Andai ku tahu....

Kapan tiba ajalku...
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku...

Andai ku tahu...
Kapan tiba masaku...
Ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...

Andai ku tahu...
MalaikatMu kan menjemputku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...

Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu...
Aku manusia yang takut neraka...
Namun aku juga tak pantas disurga...

Andai ku tahu....
Kapan tiba ajalku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...
Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu...

anak² ku






ni lah permata hati gua... yg besar tuh nama nye Haiqal Danish Aiman berumur 3 thn, yg kecik tuh namanye Hafiy Zharif Zharfan baru nak masuk setahun. Hahaha dua² hero.. yg abang tu orait skit.. yg adik tuh... huh habis dalam rumah ni diterokai... huhhuhu... Alhamdulillah.. inilah anugerah yg tak ternilai yg dikurniakan Allah swt kepada hambanye.

Monday, August 11, 2008

First time mancing

Salam,
semalam 10 Ogos 2008 first time gua mancing...kat kampung Tebing Tembah, Paka
dah dekat 30 tahun baru nak belajar memancing... wahahaha takpe².
Nak ikat mata kail pun tak pandai lagi hehehe...
anyway thanks to my friend..Serol, Mi-G, Yan Bro kerna ajar gua mancing... inilah hobi baru gua...
Objektif gua hari tu hanya untuk belajar cara² nak ikat mata kail... cara baling dan macam² lagi lah untuk beginner cam gua nih yg mmg zero... hehehe
Pada hari tersebut gua dapat gak buat naik siakap merah.. kecik je..2 -3 ekor anak jenahak besar2 tapak tangan...oklah tu utk beginner...
happy gak mancing nih.. tenang dapat release tension.. dan menguji kesabaran... best.

Ni la dia anak jenahak tuuh.....................




ni laks siakap merah... brape gram agak² ye..?