Friday, October 31, 2008

Larangan Merokok!! warghhhh!!!

KUALA LUMPUR: Orang ramai termasuk warga kota masih tidak menyedari semua kaki lima kompleks membeli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa semalam.

Tinjauan Berita Harian mendapati, orang ramai khususnya perokok terkejut dengan penguatkuasaan larangan berkenaan, manakala yang lain menyatakan persetujuan dengan langkah kerajaan terbabit sebagai usaha mengekang tabiat buruk berkenaan.

- err mcmana nih.. aku perokok tegar..hahahaha

- nih ada yg setuju....

Pesara guru, Malik Ibrahim, 67, dari Johor Bahru, berkata langkah kerajaan mengenakan peraturan itu untuk membendung tabiat merokok di tempat awam harus dipuji bagi mengawal gejala tidak sihat berkenaan khususnya di kalangan golongan muda serta pelajar sekolah.

"Larangan merokok di kawasan kompleks membeli belah patut dipuji kerana ia bukan saja dapat mengekang budaya merokok di kalangan pelajar sekolah, malah ia turut dilihat sebagai usaha menuju ke arah negara bersih dan bebas penyakit," katanya yang juga seorang perokok.

Isterinya, Rosnah Sani, 64, berkata tindakan kerajaan tepat pada masanya memandangkan budaya merokok di tempat awam semakin berleluasa sedangkan ia tidak elok kerana boleh mempengaruhi muda mudi dan kanak-kanak.

- menteri laks....

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, semalam mengumumkan semua kaki lima kompleks membeli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa serta-merta.

Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

- ada yg tak setuju...

Pelajar, Mohd Eizzuddin Zamri, 18, berkata kerajaan sepatutnya memberi sedikit masa kepada perokok seperti dirinya untuk membiasakan diri dengan larangan baru itu selain menyediakan lebih banyak kawasan merokok di tempat awam.

Pengusaha kedai telefon bimbit, Yap Sing Hong, 31, berkata larangan yang dikenakan tidak wajar kerana merokok di luar kompleks beli belah tidak mempunyai kaitan dengan pendedahan bahaya kesihatan kepada orang ramai.

Pembantu kedai kasut, Juliana Dahlan, 21, berkata kerajaan harus memikirkan alternatif lain untuk menempatkan mereka yang merokok jika terus ingin melaksanakan arahan berkenaan.

"Sememangnya ini adalah tidak adil kepada perokok seperti kami kerana larangan yang dilakukan tidak patut dijalankan dan saya berpendapat ia patut dibiarkan seperti biasa," katanya.

camne nih... buat peraturan baru.. tapi....... arghh... merokok dalam tandas ah cenggini

No comments: